Masih ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum formula geran pemberian khas tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Sabah dan Sarawak dapat dimuktamadkan dan dikuatkuasakan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, dengan adanya satu formula khusus nanti, pembayaran secara tahunan itu dapat dilakukan dengan lebih jelas.
Kata beliau yang juga pengerusi jawatankuasa teknikal MA63, formula yang dicadangkan Sarawak adalah berdasarkan status semasa kewangan kerajaan persekutuan.